Salam Jumaat,
Dah terlalu lamanya tak menjengah blog..sampai labah-labah pun buat sarang kat pintu blog saya tadi. Tapi cepat-cepat saya dah kemaskan semula..
Jumaat yang barokah ni saya di kejutkan dengan kematian seorang saudara jauh...sesungguhnya mati itu pasti dan tidak mengira waktu dan usia.. Ya Allah, semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya semoga arwah tergolong antara orang-orang yang terpilih, meninggal di bulan Ramadhan dan pada penghulu segala hari di saat orang hendak menunaikan solat Jumaat.
Dari tanda-tanda yang diberitahu oleh seorang saudara saya yakin arwah meninggal kerana stroke. Katanya arwah memang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi. Darah tinggi kadangkala boleh diwarisi (keturunan) dan ada kalanya mengikut gaya hidup dan pemakanan kita.
Memang semua itu adalah penyebab, bagi kita yang masih bernafas di bumi Allah ini, sama-samalah kita menjaga kesihatan diri.
Al-Fatihah untuk Arwah Rosli dan salam takziah untuk keluarganya.
No comments:
Post a Comment