Friday, February 28, 2014

Masalah Rabun ! Atasi dengan Carotomax (AVAILABLE)


carotomax vitamin untuk mata


Entri hari ini ialah tentang vitamin A yang dipanggil Carotomax. Secara umumnya Carotomax boleh membantu:


  • kesihatan retina mata - mengurangkan rabun. Jika diamalkan secara konsisten, rabun akan terus pulih! Insyallah
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit -; sebab tu jeragat makin hilang! 2 in 1 lah :)
  • pembentukan sel darah putih & ; sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yg sihat!

Kehadiran Vitamin A dapat membantu kesihatan tisu kulit & pembentukan membran mukus badan (kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit) & juga pembentukan sel darah putih atas tujuan yg sama.



rabun saya pulih selepas makan carotomax shaklee

Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza


Thursday, February 27, 2014

Peppermint Ginger Plus


Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  1. Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  2. Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  3. Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  4. Mereka yang sering mengalami kembung perut
  5. Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Kebaikan Peppermint Ginger Plus

  • Kombinasi 4 herba - secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gsstrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
  • Pudina - Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, melegakan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera  makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demamapabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan fokus.
  • Halia - Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, semasa pantang.
  • Pokok adas (fennel) - Menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut, melegakan flu, membantu masalah flu dan saluran usus.
  • Cekur Manis (anise) - Melegakan masalah pencernaan , kesakitan haid, batuk dan kahak. Mereangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada kulit.
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza

Wednesday, February 26, 2014

ESP dan kebaikannya...

Assalamualaikum, 

Mesti ramai yang dah tahu kebaikan ESP, tapi mungkin secara asas saja, di sini saya list kan antara kebaikan ESP


1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 

2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda 


3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih 


4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 


5) ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam 


6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum 


7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 


8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 


9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit 

Dekat gambar di bawah  kita boleh lihat gandingan terbaik ESP dan manfaatnya...pendek kata ESP ni memang terbaiklah...




Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza

Monday, February 24, 2014

Bila adik kena demam campak...

Assalamualaikum...

Minggu lepas adalah minggu yang mencabar bagi saya..., selepas selingan kakak-kakak demam. Hero saya kena demam campak. Tiga kali saya bawak dia ke klinik. Tapi doctor cakap tu bukan demam campak, sebab dia dah ambik injection MMR sewaktu 12 bulan. Doctor cakap sejenis virus. 

Demam adik di iringi dengan beberapa penyakit lain. 
1) Muntah 
2) Batuk 
3) Cirit-birit 
4) Demam yang tinggi selama 3-4 hari  (saya bagi ubat tak jalan, so saya pergi clinic, saya ingat ubat doc yg memula sy pergi tu tak bagus) 

Apa yang saya buat sewaktu demam adik tinggi? 

Saya jerlom kepala dia dengan Shaklee Basic H, huh! banyak kegunaannya Basic H ni. Lepas tu bila dia dah cirit-birit saya gantikan minuman dia dengan Shaklee Performance Drink supaya dia ada tenaga. 

Ini gambar adik bila dia kena campak. Kesian dia, susut terus anak mama sebab tak ada selera makan. 
Alhamdulillah, selepas seminggu adik dah bebas sepenuhnya dari demam. Sekarang cuma tunggu parut-parut tu hilang. 

Saya luaskan pembacaan di internet. Kesimpulannya sama seperti simptom-simptom yang adik dapat. 


INFO: KENALI CAMPAK

Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

INFO CAMPAK

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

BERTINDAK SEGERA

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.

Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.



Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza


Bila kakak-kakak demam

Assalamualaikum...

Minggu lepas anak saya tiga-tiga demam virus. Mula-mula kakak balik sekolah lepas mandi terus murung je. Bila di tanya kenapa? Dia geleng-geleng kepala. Ishk! risau saya di buatnya...saya tanya banyak kali baru dia cakap pening. Suhu badan pun dah naik sikit. Cepat-cepat suruh dia makan nasi dan bagi ubat demam. Alhamdulillah, kakak dah besar, antibodi pun kuat..sehari je demam. 

Tapi kami bawak jugaklah dia ke klinik, sebab ubat dah habis...standby ubat in case emergency. Paling kesian dia dia kena makan ubat jenis pil. Doctor cakap dia dah besar, so biar dia belajar makan ubat pil. Berair mata dia nak telan ubat tu...




Lepas kakak dah baik demam, kak ngah pulak jangkit..almaklumlah mereka tidur sekatil. Kalau tak jangkit tu tak sahlah kan...tapi Alhamdulillah, kak ngah pun demam sehari je, Jumaat lepas kak ngah tak sekolah, kak ngah bangun pagi2..tengok TV...mulut berkicau-kicau macam murai walaupun demam.




Sekarang ni anak-anak mama mama bagi dia makan Shaklee Chewable Vitamin C 100mg. Diaorg pun suka. Hari-hari kak ngah jadi posmen mintak vit dengan mama. Kakak jadi boss tunggu depan TV, bukan tengok TV..tapi main ipad..hehehe...

Demam bagi seorang budak adalah normal. Baik juga untuk antibodi mereka. Bila demam, antibodi mereka bertindak balas...tapi jangan biarkan ianya melarat, sangat merbahaya. 

So, bagi ibu-ibu di luar sana, Shaklee Chewable Vitamin C 100mg memang sangat sesuai sebagai supplement harian anak anda. Harga yang sangat murah dan berbaloi kalau beli..satu botol ada 90 tabs. 


Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza






Tuesday, February 18, 2014

Healing Crisis/Proses penyembuhan

Assalamualaikum...

Seperti yang saya janjikan semalam, entry hari ini ialah tentang healing crisis/proses penyembuhan. Dekat gambarajah di bawah di nyatakan masalah-masalah penyembuhan yang biasa di alami dan sebab musababnya. 




Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza

Monday, February 17, 2014

Shaklee vs PhytoScience DST

Assalamualaikum...

Entry kali ini nak sentuh tentang satu topik yang tengah hot di sebuah forum sekarang. Tak lain tak bukan ialah Phyto Science Double Stem Cell....teruk kena hentam MLM ni. Kebetulan ada juga forumers yang kutuk Shaklee ni....masa saya baca saya senyum jelah..

Tak kisahlah apa orang nak kata kan, yang pastinya bisness SHAKLEE TAK PERNAH MENIPU. Di Shaklee kami hanyalah berkongsi tentang kebaikan vitamin, di samping menjana pendapatan tambahan untuk keluarga. Kalau tak masakan Shaklee mampu bertahan lebih dari 50 tahun. Kalau vitamin Shaklee tak bagus kenapa terjual serata dunia dan bertahan sampai sekarang..

Cuma ada beberapa kes terpencil yang mana pemakan vitamin itu tak serasi dengan badan dia. Terus kondem macam-macam. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sabar sajalah...

Untuk saya pula, masa mula-mula makan vitamin Shaklee, memang ada healing crisis. Untuk 3-4 hari pertama, macam pening-pening, badan lesu. Saya konsult balik rakan saya yang jual vitamin tu dekat saya, oh! rupanya ini healing crisis (krisis penyembuhan) di mana badan kita tengah menyesuaikan diri dengan vitamin yang kita makan. Alhamdulillah, saya teruskan dan sekarang dah serasi dengan badan. 

Entry seterusnya saya akan tepek tentang apa itu healing crisis/proses penyembuhan dan sebab musababnya. 

Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Aminn. 


Saturday, February 15, 2014

Vitamin Untuk Penghidap Darah Tinggi

Penyakit Darah Tinggi atau “Hypertension” merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.


Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik. Kadar biasa untuk systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg. Manakala, kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu darah tinggi primer dan darah tinggi sekunder. Penyakit darah tinggi primer merujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia. Manakala, penyakit darah tinggi sekunder pula selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Statistik kes-kes penyakit darah tinggi di Malaysia
Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripda jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.

Punca-punca penyakit darah tinggi
Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa factor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah faktor keturunan, usia yang meningkat tua, pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, berat badan yang berlebihan, pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet, stres yang tinggi dan penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.



Selain dari itu, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”

Tanda-tanda awal darah tinggi
Penyakit darah tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah, seseorang itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain. Namun, terdapat pesakit darah tinggi yang mengadu mengalami pening-pening kepala, vertigo, telinga berdengung atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.

Pencegahan penyakit darah tinggi
Pengurusan penyakit darah tinggi oleh perubatan moden adalah lebih kepada kawalan kadar tekanan darah tersebut dengan menggunakan ubat-ubatan hospital yang sedia ada dan perubahan cara hidup. Namun bukan untuk diubati sepenuhnya. Namun, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yakin bahawa penyakit darah tinggi ini boleh diubati dengan keizinan Allah swt.

Selain daripada mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu, pesakit darah tinggi boleh melakukan beberapa langkah yang dapat merawat dan mencegah penyakit darah tinggi. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti dengan pengurangan berat badan, bersenam dengan kerap, mengawasi pengambilan garam dan kolesterol dalam diet, tidak merokok dan mengurangkan stres seharian.

Rawatan moden penyakit darah tinggi
Matlamat utama dalam rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa. Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buat ramai pesakit. Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal tersebut, pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.


Namun, pengambilan ubat yang mengandunbgi dadah secara berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk ke dalam darah & sistem badan itu sendiri. Lantas, ia boleh menyebabkan pesakit mengalami kesan kesihatan yang teruk untuk jangka masa panjang.

Adakah Set Vitamin semulajadi Shaklee (tanpa dadah) yang boleh membantu pesakit darah tinggi?

Tentu ADA! Atas kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah untuk jangka masa panjang, Shaklee menawarkan kaedah untuk mengurangkan kesan dan boleh mencegah seseorang daripada mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Set ini Mengandungi:
> Omega Guard - minyak ikan yang mengandungi asid lemak 3 yang dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah, membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

> Alfalfa Complex - untuk membuang toksin dalam badan serta merendahkan tekanan darah

> Lecithin - membakar lemak dalam badan serta membakar lemak di sekeliling pembuluh darah agar darah beredar dengan lebih lancar & seterusnya menurunkan kadar tekanannya.



Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com

FB Page: boutiquetravaganza

Testimoni VIVIX Shaklee

Di bawah ini adalah beberap testimoni vivix. Saya mulakan dgn pengalaman Doktor Shameera yang memberikan Vivix buat mama & ibu mertuanya. Untuk mereka yang mencari hadiah terbaik buat ibu, Vivix adalah supplement HEBAT & anda boleh dptkan pada harga istimewa dari saya. 


Mama pernah menghidap breast cancer sejak tahun 2009. Initially was told it was Stage 2. Mama dah underwent operation, 6 cycles of chemotherapy, 25 cycles of radiotherapy.
However after further investigation, mama sebenarnya dah Stage 4. Cancer dah merebak ke tulang belakang. Tapi dah takde further treatment subsequently. So, mama memang selalu ada sakit tulang on and off.
Lepas tu saya dapat tahu pasal VIVIX. Setelah mentela'ah kandungan VIVIX and how it works - memperbaiki dan melindungi DNA sel2 badan, dan memberi tenaga pada sel2 dalam normal daily repairing process.
Alhamdulillah.. mama menunjukkan kesan yang sangat positif selepas pengambilan setengah botol VIVIX. Mama lebih bertenaga dan sihat, sakit tulang pun dah hilang.Bukan itu sahaja, pasu-pasu bunga kat rumah pun banyak Mama angkat-alih merata tempat. Seronoknya tengok Mama sihat dan happy!





Mak saya (mak mertua) mempunyai cold-induced asthma since kecik lagi. Beliau selalu penat bila beliau sejuk (even aircond kereta yang tahap slow pun tak tahan). Apatah lagi di tempat-tempat sejuk. Mak pernah berjalan-jalan pegi Cameron Highland dan Gunung Kinabalu. 
Ringkasnya, beliau tak enjoy sangat bila beliau terkena serangan asthma ni.Jadi, selaku doktor keluarga, saya prescribe Prednisolone & Salbutamol  untuk beliau. 
Bulan lepas, mak mengadu sakit-sakit leher, macam lenguh-lenguh tu. blood pressure reading was ok, tapi selepas  blood test,  rupanya cholesterol (LDL) mak sangat tinggi bacaannya - 4.6mmol/L (normal range below 2.6 mmol/L). Kak El (kakak ipar saya) pun hadiahkan mak VIVIX.
Tadi baru sahaja cakap telefon dengan mak, beliau baru sahaja balik dari Medan. Alhamdulillah, beliau sangat sihat sekarang. Selepas 20 hari minum VIVIX, mak cakap dia memang enjoy jalan-jalan dekat sana, termasuklah Brastagi dan Danau Toba. Dalam flight pun takde masalah cold-induced asthma lagi. Naik bukit Brastagi pun takde masalah macam dekat Kinabalu dulu-dulu. Sakit leher pun dah takde.
Cerita 3

  
Kata Bonda:

"Betullah sayang, setelah abeh sebotol vivix,mak rasa bertambah sihat n kuat, sakit lutut pun hilang,dgn izinNYA.........baru2 ni mak boleh angkut 4tandan kelapa sawit(tp dlm kete sorong)ketempat pengumpulan, beberapa kali............bayangkan,dah bersara ni.............hahaha ...........nnt dpt duit kelapa sawit mak nak satu ya............nak syer dgn ayah.org lelaki pun bolehkn?"
sumber : Web Master Iffah Anuar 

 Cerita 4 ni ada lagi koleksi testimoni VIVIX jom lihat..

 
kredit Sumber 

 Cerita 5  Ini pula testimoni VIVIX pesakit kencing manis yang sembuh penglihatannya denganizin Allah.


sumber BLOG DARNA

----------------
 Cerita 6 Seterusnya dari En Rosli M. Daud mengenai isterinya pesakit darah tinggi yang agak kronik.


Alhamdulillah , kita tidak harus berputus asa dengan rahmat Allah. Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan juga penawarnya. Cari lah penawar tersebut kerana ia lebih baik daripada bersikap lemah dan berputus asa.

-----------------------------
 Cerita 7 lagi testimoni  sihat dengan VIVIX  bagi pesakit darah tinggi dan kencing manis

 Cerita 8 Testimoni pesakit mild stroke /lumpuh /angin ahmar

Dan kat bawah ni testimoni VIVIX yang terbaru...tadaaaaa

Cerita 9  Dari Puan Asnie FaisIzzull 
Testimoni sendiri....abah saya..

Alhamdulillah....Dengan izin Allah dan usaha, Vivix Shaklee telah membuat abah sihat kembali....suatu masa dulu abah ada darah beku dikepala, kena serangan strok, sakit kepala yang melampau....bila kena serangan sakit kepala tu semua orang tak kan boleh tido...sbb abah akan meracau2....angin dalam badan...sakit pinggang, pinggul....(ini sebab badan abah yg besar)..

Belum pun habis sebotol Vivix dah nampak kesan penyembuhannya...baru2 ni abah kena serangan sakit kepala melampau lagi..2-3 malam meracau tak boleh tido, sbb dah kehabisan vivix (sbb mahal/ sian abah)...semalam Vivix abah sampai (botol kedua) dan minum...Alhamdulillah, malam tadi abah boleh berbual dan bergurau mcm biasa..sakit kepala dah tiada...Syukur padaMu Ya Allah....
--------------
cerita 10  Testimoni Puan Firmilia Affandi - sembuh dari kayap dengan izin Allah

actually sy bli vivix ni utk mama sy yg kena pnyakit kayap kt blkg badan..Alhamdulillah..kayapnya sembuh.tp utk pesakit kayap,wpun luka kayap tu dh sembuh tp serangan kt saraf tu masih bterusan.mama slalu rasa kt tmpt bekas luka tu & bhagian blkg dekat pinggang mcm disebat-sebat sakitnya.doc ckp mmg normal mcm tu sbb kayap serang urat saraf & mbuatkan urat saraf rasa tertarik gitu..

So sy try belikan vivix utk mama & Alhamdulillah syukur sgt2 dgn kuasa Allah,mama dh x rasa sakit mcm biasa lg lps minum vivix..lega & senang hati bila tgk mama cergas mcm biasa.. :))
 
cerita ke11 ( orang yg sama cerita no 9)
 
Testimoni abah sendiri....

sejarah sakit abah 2012 tidak boleh dikenang...tiba2 je abah jatuh sakit..sakit yg boleh membawa maut...

Darah tinggi yg melampau membawa ke serangan Jantung dan pendarahan dlm kepala...berkampung di hospital Klang hampir sebulan...di PPUM 2 minggu..darah beku merebak ke sebelah kanan kepala hingga abah strok sebelah kiri badan dan yg pling kami tak mahu ingat abah lupa siapa yg ada disekelilingnya....sebak pulak...

Kalau nak cerita mmg panjang...tapi kini dah 3 botol Vivix abah consume...kesihatan abah makin pulih...Alhamdulillah...dulu siapa jangka abah boleh berjalan kembali, bawa motor keliling kampung, pergi masjid...pergi ke pasar..
ni gambarnya kredit to: Pn Asnie faisIzzull
 Alhamdulillah, lega bila dengar ramai yang boleh sembuh dari sakit setelah amalkan VIVIX. Syukur alhamdulillah.
 Jika ada saudara saudari yang mengalami masalah sakit dan dah puas  usaha cari rawatan, saya syorkan VIVIX kerana ia adalah tonik penyembuhan all in one.


Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza