Monday, February 24, 2014

Bila adik kena demam campak...

Assalamualaikum...

Minggu lepas adalah minggu yang mencabar bagi saya..., selepas selingan kakak-kakak demam. Hero saya kena demam campak. Tiga kali saya bawak dia ke klinik. Tapi doctor cakap tu bukan demam campak, sebab dia dah ambik injection MMR sewaktu 12 bulan. Doctor cakap sejenis virus. 

Demam adik di iringi dengan beberapa penyakit lain. 
1) Muntah 
2) Batuk 
3) Cirit-birit 
4) Demam yang tinggi selama 3-4 hari  (saya bagi ubat tak jalan, so saya pergi clinic, saya ingat ubat doc yg memula sy pergi tu tak bagus) 

Apa yang saya buat sewaktu demam adik tinggi? 

Saya jerlom kepala dia dengan Shaklee Basic H, huh! banyak kegunaannya Basic H ni. Lepas tu bila dia dah cirit-birit saya gantikan minuman dia dengan Shaklee Performance Drink supaya dia ada tenaga. 

Ini gambar adik bila dia kena campak. Kesian dia, susut terus anak mama sebab tak ada selera makan. 
Alhamdulillah, selepas seminggu adik dah bebas sepenuhnya dari demam. Sekarang cuma tunggu parut-parut tu hilang. 

Saya luaskan pembacaan di internet. Kesimpulannya sama seperti simptom-simptom yang adik dapat. 


INFO: KENALI CAMPAK

Tanda-tanda demam campak ialah antara 10 hingga 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkan tanda dan gejala demam campak seperti:
1. Demam tinggi
2. Batuk, selesema dan sakit tekak
3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya
4. Sakit otot

Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak kecil bawah 10 tahun. Kanak-kanak berasa tidak selesa apabila mengidap campak. Anak anda mungkin hendak berada di katilnya ketika suhu badannya tinggi.

INFO CAMPAK

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

BAGAIMANA JANGKITAN AWAL

Hari pertama iaitu tanda-tanda awal bayi didapati demam meragam, letih lesu disertai dengan selsema, batuk, mata berair dan merah. Juga terdapatnya bintik putih yang dikelilingi warna merah di bahagian dalam mulut kanak-kanak.

BERTINDAK SEGERA

Adakah dia demam? Suhu badan mungkin boleh mencapai 40 darjah celcius. Pada peringkat awal suhu badan kanak-kanak tinggi, batuk teruk dan kadangkala kanak-kanak ini juga mengalami cirit-birit, muntah ataupun susah kencing. Jika suhu badan terlalu tinggi, ini akan disertai oleh demam sawan. Sentiasa lap badan untuk menyejukkan badannya.

Bawa anak berjumpa doktor. Juga sentiasa periksa suhu badan anak anda. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dan setiap lima atau enam jam apabila demamnya tinggi. Sentiasa berada di sisinya.

Berikan dia minum air banyak supaya demam cepat turun dan air serta zat besi yang hilang akibat muntah dan cirit-birit mendapat gantian. Pastikan suhu badan turun dengan lap badan anak dengan air sejuk. Pakaikan dia pakaian yang nipis. Asingkan kanak-kanak ini dari anak-anak yang lain.

Bila Demam Kebah?

Pada hari keempat demam mula turun dan kira-kira pada hari kelima ruam mula timbul dari kepala turun ke tangan, badan dan kaki. Enam atau tujuh hari selepas ruam campak keluar barulah ruam campak yang halus dan bertompok-tompok merah mula menghilang.

Adakah Ada Komplikasi Sampingan?

Ya. Taraf kesihatan dan pemakanan rendah anak yang diserang campak itu mudah diserang komplikasi sampingan seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru, jangkitan otak dan lain-lain, maka lambatlah mereka sembuh.

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan imunisasi MMR (measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Kenapa perlu rawatan segera?

*Segera dapatkan rawatan di pusat kesihatan berdekatan. Jika tidak menerima rawatan seperti ubat antibiotik, keadaan boleh bertambah teruk. Namun, ubat antibiotik bukan semata-mata untuk merawat penyakit tetapi juga untuk mengelakkan dari komplikasi atau jangkitan sampingan yang mungkin menyerang.

*Jika tiada sebarang rawatan diberikan ia boleh membawa maut. Maut boleh berlaku tiga atau empat hari selepas jangkitan paru-paru dan jangkitan ini boleh berlaku selepas ruam campak hilang.

*Juga seminggu atau dua selepas campak sembuh tiba-tiba si pesakit menunjukkan tanda-tanda sistem urat sarafnya terganggu. Malah ada juga kanak-kanak tidak sedarkan diri buat beberapa minggu atau kadangkala mengakibatkan lumpuh. Bagaimana 60 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak yang diserang campak sembuh sementara 10 peratus lagi diserang komplikasi di samping demam campak.



Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
Email: salina.ahmat@gmail.com
FB Page: boutiquetravaganza


No comments:

Post a Comment