Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.
Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.
Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine(kesan mengantuk)
Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.
Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.
Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun
1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas.
Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak
2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit
sahaja madu.
3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.
4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala
bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke
dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan
sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara
perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru
-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby
Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-
tumbuhan sahaja)
5. Buang kahak dalam paru-paru
Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam
selepas bayi menyusu sahaja.
Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan
tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan
pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar
melalui najis.
6. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat
membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan
ANTARA VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE YANG MEMBANTU TINGKATKAN TAHAP IMUN IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI SUSUAN |
Petua Selsema dan Batuk Bayi
1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung.
Lakukan sekerap mungkin
2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan
menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-
ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi
sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.
3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema
4. Sediakan sup ayam
5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak
suka guna daun kaduk
6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi
selsema selepas mandi
7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema
8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.
Apabila Bayi Demam
1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, .
celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.
2. Boleh guna Cool Fever pada dahi
3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat
pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Salina Ahmat
SID: 1099806
Mobile: 017-3660536 (Call/SMS/Wsap)
FB Page: boutiquetravaganza
No comments:
Post a Comment