Assalamualaikum...
Entry kali ini nak sentuh tentang satu topik yang tengah hot di sebuah forum sekarang. Tak lain tak bukan ialah Phyto Science Double Stem Cell....teruk kena hentam MLM ni. Kebetulan ada juga forumers yang kutuk Shaklee ni....masa saya baca saya senyum jelah..
Tak kisahlah apa orang nak kata kan, yang pastinya bisness SHAKLEE TAK PERNAH MENIPU. Di Shaklee kami hanyalah berkongsi tentang kebaikan vitamin, di samping menjana pendapatan tambahan untuk keluarga. Kalau tak masakan Shaklee mampu bertahan lebih dari 50 tahun. Kalau vitamin Shaklee tak bagus kenapa terjual serata dunia dan bertahan sampai sekarang..
Cuma ada beberapa kes terpencil yang mana pemakan vitamin itu tak serasi dengan badan dia. Terus kondem macam-macam. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sabar sajalah...
Untuk saya pula, masa mula-mula makan vitamin Shaklee, memang ada healing crisis. Untuk 3-4 hari pertama, macam pening-pening, badan lesu. Saya konsult balik rakan saya yang jual vitamin tu dekat saya, oh! rupanya ini healing crisis (krisis penyembuhan) di mana badan kita tengah menyesuaikan diri dengan vitamin yang kita makan. Alhamdulillah, saya teruskan dan sekarang dah serasi dengan badan.
Entry seterusnya saya akan tepek tentang apa itu healing crisis/proses penyembuhan dan sebab musababnya.
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. Aminn.
No comments:
Post a Comment